3 Oktober 2009 (Sabtu) - Majlis Takruf dan Temu Calon Jodoh / Aidilfitri
Suria KLCC dan Masjid as Syakirin, Kuala Lumpur
10 pagi - 6 petang

Salam Aidilfitri; sepanjang Aidilfitri, ahli `lelaki sahih / verified' boleh access profile percuma.

Program Cari Jodoh ini bertujuan murni membantu anda yang berhasrat mendirikan rumahtangga dengan calon yang sesuai dan layak, sekufu dan sefikrah. Urusan Carian Jodoh dan Perjumpaan (Takruf) diuruskan oleh kami secara khidmat nyata dan pro-aktif, prihatin dan bimbingan positif, ke arah pembentukan Generasi Islam peneraju negara pemimpin Ummah

Keterangan program dan borang penyertaan >>>> SMS/tel 0199667092, Email carijodohislam@gmail.com

PENDAFTARAN PERCUMA dibuka kepada LELAKI berumur 25-60 (Bujang atau Duda bercerai atau kematian isteri), berkerjaya dan menetap di Lembah Klang, atau Selangor. Melalui sistem percuma ini, anda (LELAKI) akan diberikan 1 (satu) calon wanita yang sesuai dan layak. Syarat dan peraturan mestilah dipatuhi. >>>

LELAKI yang berhasrat mencari calon jodoh juga dipersilakan menghubungi terus Peserta wanita secara email atau SMS. Patuhi peraturan, adab dan akhlaq Islamiyyah dalam berinteraksi dan komunikasi. >>>

LELAKI yang mendaftar dan memberikan maklumat lengkap bersama rujukan (referrer) akan diberi akses `private message' dan boleh menghantar mesej kepada ahli portal ini PERCUMA.

PENDAFTARAN dibuka kepada Muslimat (wanita) gadis (bujang), janda, ibu tunggal. >>>

Azhar Awang - Pengurus 0199667092

Login ke portal JODOH
Login ke web guna akaun Facebook anda  

~~~Sidang Interaksi Ukhwah~~~
~~~Terbaru~~~Artikel dan Panduan~~~RSS luar~~~ Profil Muslimah~~~Profil Muslim~~~Senarai ahli~~~Cari ahli~~~

Buku catatan | Nukilan Blog | Terbitan | Audio | Imej | | Forum Perbincangan | Kategori | HUBUNGI KAMI - ADUAN, CADANGAN, BANTUAN
| INTERNATIONAL ISLAMIC MATCHMAKING SERVICE
Tekad Gemilang Insan Cemerlang

bismillah....

100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01 Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal dalam setiap pekerjaan
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dengki dan iri hati atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu tamak akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan tunduk karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta yang halal dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatih memikirkan kebesaran Allah
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan minta maaf apabila janji tidak dapat ditunaikan
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormati setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlaku adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyakkan silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami seandainya mampu
50. Hargai dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kurang dan tidak berlebihan;
55. Hormati guru dan ulama;
56. Biasakan bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan perbanyakkan hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara dan palsu
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang dan bergurau senda
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Bangun di penghujung malam untuk berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlaku adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jaga amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Bandingkan orang yang lebih miskin daripada kita.
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung atau muhasabah apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Bersedialah untuk melupakan kesalahan orang dan bersedialah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang bersangkutan dengan sahabat kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menangguhkan pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100. Jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan orang dan dengan memiskinkan orang;

Iklaneka

Produk dan Servis Muslimin Malaysia

Almuslimin.net

Untuk beriklan di petak ini hanya RM10/setahun bagi 1 petak/baris:
Email muslimin.org@gmail.com, tel/sms 0199667092

Sidang online

  • Login to post a new chat room.
Chat roomChatsMessagesLast message
  1Ke jalan Allah, mentaati Allah dan Rasul
Posted by Muslim on Sat, 19/12/2009 - 6:50pm
  75Archived on Thu, 01/01/1970 - 8:00am.
  4Archived on Thu, 01/01/1970 - 8:00am.
  318 Oktober Ahad 2pm Aidilfitri bersama pimpinan PAS di Taman Melewar
Posted by Muslim on Thu, 15/10/2009 - 8:05am
  32sesiapa yang sudi berkenalan dengan saya............
Posted by insan-514 on Sun, 29/08/2010 - 3:11pm
  0No messages

Senarai Ahli

Senarai ini disusun mengikut waktu aktif (akses terbaru login masuk)
Peserta
Lelaki-sahih
Lelaki
Wanita

User login

Sedang online

0 ahli dan 0 tamu online.

Ahli baru

  • Wan Tol
  • Jodoh Islam Mal...
  • syuhada
  • Zuhrah Miflah
  • mystshayda
  • Gana Veera
  • fansuri80
  • Fuzah Shukrie
  • epica2020
  • Elin Ina

Status

Carian ahli


Kerjaya:
Guru

Negeri:
Selangor
Kelantan
Terengganu
Pahang
Kuala Lumpur
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Sabah
Sarawak
Brunei
Singapura
Indonesia


Chat plugin by BoWoB Chat for Drupal