3 Oktober 2009 (Sabtu) - Majlis Takruf dan Temu Calon Jodoh / Aidilfitri
Suria KLCC dan Masjid as Syakirin, Kuala Lumpur
10 pagi - 6 petang
Salam Aidilfitri; sepanjang Aidilfitri, ahli `lelaki sahih / verified' boleh access profile percuma.
Program Cari Jodoh ini bertujuan murni membantu anda yang berhasrat mendirikan rumahtangga dengan calon yang sesuai dan layak, sekufu dan sefikrah. Urusan Carian Jodoh dan Perjumpaan (Takruf) diuruskan oleh kami secara khidmat nyata dan pro-aktif, prihatin dan bimbingan positif, ke arah pembentukan Generasi Islam peneraju negara pemimpin Ummah
Keterangan program dan borang penyertaan >>>> SMS/tel 0199667092, Email carijodohislam@gmail.com
PENDAFTARAN dibuka kepada Muslimat (wanita) gadis (bujang), janda, ibu tunggal. >>>
Azhar Awang - Pengurus 0199667092
Login ke portal JODOH
Login ke web guna akaun Facebook anda 
~~~Terbaru~~~Artikel dan Panduan~~~RSS luar~~~ Profil Muslimah~~~Profil Muslim~~~Senarai ahli~~~Cari ahli~~~
Buku catatan | Nukilan Blog | Terbitan | Audio | Imej | | Forum Perbincangan | Kategori | HUBUNGI KAMI - ADUAN, CADANGAN, BANTUAN
| INTERNATIONAL ISLAMIC MATCHMAKING SERVICE
Tekad Gemilang Insan Cemerlang
Recent Status Updates
- Nizamuddin Ismail is single 1 year ago
Hukum Ma'abid (rumah ibadat non-muslim)

Soalan:
Baru-baru ini telah ada beberapa perkara yang menjadi isu-isu hangat di dalam politik tempatan di negara kita Malaysia. Antaranya adalah isu berkenaan pemindahan dan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 di Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Keadaan menjadi tegang apabila pihak Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pemindahan dan pembinaan kuil baru ditapak yang mana penduduk sekitarnya rata-ratanya beragama Islam. Penetangan daripada penduduk yang beragama Islam menjadi semakin memuncak sehinggakan mereka telah berarak dengan membawa kepala lembu (yang menjadi simbol agama Hindu) bagi menentang keputusan kerajaan negeri tersebut. Apakah pandangan Islam tentang isu ini dan bagaimanakah penyelesaiannya menurut Islam. Adakah didalam Islam terdapat konsep kebebasan beragama dan seterusnya bolehkah dibenarkan bagi orang-orang kafir ini membina rumah ibadat di tempat yang majoriti penduduknya beragama Islam?
Jawapan:
Persoalan Tentang Kebebasan Beragama:
Didalam Islam tidak dibenarkan seseorang itu samaada secara individu atau melalui institusi memaksa orang-orang kafir untuk memeluk Islam. Dari segi aspek perlaksanaan undang-undang syariat Islam, orang-orang kafir dzimmi (warganegara Islam yang non-muslim) memang akan menerima dan diterapkan undang-undang yang seragam dengan warganegara yang muslim. Dan undang-undang yang diterapkan didalam Negara Islam (Daulah Islam) ini hanya akan bersumber daripada dalil-dalil syara yang berupa Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Walaupun begitu orang-orang kafir ini akan dibiarkan untuk memeluk akidah dan menjalankan ibadah-ibadah menurut ajaran agama masing-masing. Maka orang-orang kafir adalah bebas untuk beragama di dalam Negara Islam dan di dalam masa yang sama mereka juga tertakhluk kepada peraturan-peraturan umum yang seragam di dalam Daulah Islam seperti yang dinyatakan tadi.
Selain daripada hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan agama, orang-orang kafir dzimmi ini juga diberikan kebenaran didalam Negara Islam untuk mengamalkan ajaran-ajaran mereka didalam hal-hal yang berkaitan dengan hal makanan, minuman dan pakaian. Ketiga perkara ini boleh diamalkan oleh mereka sesuai dengan ajaran agama mereka. Sungguhpun begitu mereka masih tetap tertakluk pada undang-undang syariah yang diterapkan di dalam Negara Islam.
Malahan bagi kafir dzimmi yang baligh dan berakal samada laki-laki ataupun wanita dibenarkan untuk menjadi anggota Majlis Syura (Majlis Umat). Walaupun begitu penyertaan mereka didalam Majlis Syura hanya terbatas pada dua perkara iaitu pada hal-hal untuk menyampaikan aduan bagi kes-kes kezaliman yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga bagi memberikan aduan pada penyimpangan atau kelalaian pihak berkuasa didalam menerapkan sistem dan perundangan di dalam Negara Islam. [Nizamul Islam, Sheikh Taqiuddin An-Nabhani- Masyruq Dustur ]
Kehidupan orang-orang kafir dzimmi ini adalah dihormati dan dipelihara oleh kaum muslimin dan Daulah Islam. Seperti yang diucapkan oleh Saidina Ali bin Abu Talib, ”Sesungguhnya mereka (orang-orang kafir dzimmi) mengeluarkan jizyah, agar harta mereka menjadi (terpelihara) seumpama harta-harta kita dan darah-darah mereka sama (terpelihara) seperti kita” [Al-Kasani, jilid 7, m/s 111. Al-Mughni, jilid 8, m/s 445]. Tersebut juga didalam hadis: ” Barangsiapa yang menyakiti ahli dzimmi sesungguhnya aku (Nabi Muhammad) menjadi musuhnya dan sesiapa yang aku adalah musuhnya, akan aku musuhinya pada hari kiamat” [Al-Jami’ as-Soghir-As-Suyuti, jilid 2, m/s 473].
Daripada hadis-hadis nabi berkenaan orang-orang dzimmi ini, para fuqaha (ahli Fikah) telah menjelaskan dengan terang bahawa wajib atas umat Islam dan Daulah Islam itu memberikan perlindungan kepada mereka dan haram pula hukumnya menganiaya mereka. Didalam hal ini seorang ulamak Fikah iaitu Al-faqih al Qarafi telah menyatakan bahawa: ” Sesiapa yang mencerobohi mereka (orang-orang kafir dzimmi) walaupun dengan hanya perkataan yang tidak baik atau mengumpat terhadap kehormatan salah seorang daripada mereka ataupun sebarang bentuk perbuatan yang menyakitkan atau menolong perkara tersebut, dia telah mencuaikan kewajipan memberikan jaminan perlindungan dan pengharaman menyakiti mereka.” Beliau berkata lagi, ”Ini adalah perlindungan Allah, RasulNya dan agama Islam.”
Maka atas persoalan yang pertama tadi kami tegaskan bahawa didalam pandangan Islam, orang-orang kafir dzimmi yang tinggal didalam daulah Islam ini tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam dan diperbolehkan untuk mereka mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka dan didalam masa yang sama mereka tetap tertakhluk dengan undang-undang Negara Islam yang bersumber dariapada syariat Islam tersebut.
Persoalan Tentang Pembinaan Rumah Ibadah Orang-orang Kafir Dzimmi.
Memang benar, orang-orang kafir dzimmi ini diberikan kebebasan untuk kekal memeluk agama masing-masing dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga berhak mendapat layanan, hak dan perlindungan sepertimana orang-orang Islam lain yang sama-sama berstatus warganegara Daulah Islam. Tetapi apabila menyangkut hal yang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah mereka hal ini perlu ditinjau daripada aspek yang lain. Ini adalah kerana membenarkan mereka memeluk akidah kufur tidak sama halnya dengan isu yang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah dan juga tidak sama dengan hal-hal yang berkaitan dengan menonjolkan syiar-syiar (simbol-simbol dan imej) agama mereka.
Di dalam hal ini kami ingin memaparkan perjanjian yang telah dibuat oleh Umar Al-Khatab keatas orang-orang kafir dzimmi sewaktu beliau datang ke Baitul Maqdis di Wilayah Syam. Syarat-syarat ini diriwayatkan dalam berbagai bentuk yang ringkas. Di antaranya, riwayat dari Sufyan Al-Sauri dari Masruq bin Abdul Rahman bin Utbah berkata: ”Umar Ibnu Khattab menulis syarat-syarat sewaktu membuat perjanjian damai dengan Nasrani Syam iaitu”: Mereka tidak dibenarkan membina biara atau gereja atau tempat paderi yang baru di kota-kota serta kawasan sekitarnya; Mereka tidak dibenarkan membina semula rumah ibadat yang telah roboh; Mereka tidak boleh menghalang orang Islam menumpang di gereja-gereja untuk tempoh tiga malam; Mereka tidak boleh melindungi pengintip; Mereka tidak boleh menyembunyikan maklumat dengan tujuan menipu-daya muslimin; Mereka tidak boleh mengajarkan anak-anak mereka Al-Qur’an; Mereka tidak boleh menzahirkan syirik; Mereka tidak boleh menghalang keluarga mereka masuk Islam; Mereka hendaklah menghormati muslimin; Mereka hendaklah berdiri di dalam majlis-majlis bagi memberi tempat duduk kepada orang Islam; Mereka tidak dibenarkan memakai pakaian yang menyerupai orang Islam iaitu: kopiah, serban, dua helai benang, dan menjarakkan rambut; Mereka tidak boleh menggunakan perumpamaan orang Islam, Mereka tidak boleh naik atas pelana; Mereka tidak boleh memakai pedang dan sebarang bentuk senjata; Mereka tidak boleh menyapu cincin mereka dengan ukiran berbahasa Arab; Mereka tidak dibenarkan menjual arak; Mereka tidak boleh mencukur pangkal kepala mereka; Mereka hendaklah memakai pakaian yang ada; Mereka hendaklah mengetatkan tali pinggang di tengah badan; Mereka tidak dibenar mengkebumikan mayat bersebelahan dengan orang Islam; Mereka tidak dibenarkan membunyikan loceng kecuali perlahan; Mereka tidak dibenarkan membaca kitab suci dengan suara yang tinggi di dalam gereja ketika umat Islam ada; Mereka tidak boleh meninggikan suara ketika mengadakan majlis takziah untuk orang mati; Mereka tidak boleh memasang api; Mereka tidak boleh membeli hamba yang menjadi bahagian umat Islam. Jika mereka melanggar mana-mana syarat ini, maka mereka tidak akan mendapat perlindungan sebagai ahli zimmah, dan halal bagi muslimin memerangi mereka sebagai musuh di medan perang.[Majmuq fatawa Ibnu Taimiyyah]
Didalam teks perjanjian ini jelas ditunjukkan bagaimana Umar Al-Khatab apabila membuat perjanjian, beliau menyediakan isi-isi perjanjian yang akan memenangkan Agama Allah (walaupun didalam masa yang sama tidak melanggar dan menafikan hak orang-orang kafir dzimmi ini). Tidak seperti mana perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh pemimpin kaum muslimin yang ada pada hari ini, yang lebih cenderung untuk berlunak dan toleransi prinsip sehingga akhirnya mereka menjadi condong kepada kepentingan-kepentingan orang-orang yang memusuhi Agama Allah ini daripada kepentingan-kepentingan Agama Allah itu sendiri. Didalam teks perjanjian ini juga jelas menyatakan bahawa:
” Mereka tidak dibenarkan membina biara atau gereja atau tempat paderi yang baru di kota-kota serta kawasan sekitarnya; Mereka tidak dibenarkan membina semula rumah ibadat yang telah roboh...”
Didalam hal ini juga Ibnu Taimiyyah menjelaskan:
”Ini satu fasal (bahagian) yang menceritakan syarat yang ditetapkan oleh Umar Ibnu Khattab ke atas ahli zimmah sewaktu datang ke Syam. Syarat ini disaksikan oleh Muhajirin dan Ansar, serta menjadi panduan bagi para pemimpin muslimin berdasarkan sabda Rasulullah:
{ عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ بَعْدِي تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ ؛ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ }
“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidun selepasku. Gigitlah ia dengan gerahammu. Jauhilah perkara-perkara baru dalam urusan agama, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”.
{ اقْتَدُوا بِاَللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي ؛ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ }
“Ikutilah selepasku dua orang, iaitu Abu Bakar dan Omar”.
Perkara ini (isi perjanjian di Baitul Maqdis) menjadi ijma’ para sahabat yang pastinya mereka ini tidak akan bersepakat untuk menerima kesesatan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami daripada Al-Qur’an dan Sunnah. ”
Untuk itu kami menyatakan bahawa tindakan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dewasa ini yang membenarkan pemindahan dan pembinaan rumah ibadat orang-orang kafir di tempat baru adalah tidak diperbolehkan didalam Islam. Bukan itu sahaja kami ingin menegaskan bahawa orang-orang kafir ini juga tidak dibenarkan untuk menzahirkan dan menyambut segala upacara keugamaan mereka termasuk meraikan perayaan mereka secara terang-terangan. Tetapi amatlah malang sekali apabila dewasa ini, bukan sahaja rumah-rumah ibadah mereka didirikan sewenang-wenangnya, malah mereka tanpa rasa hormat kepada orang-orang Islam mengadakan upacara-upacara ibadah mereka secara terbuka dan yang lebih malang lagi sikap kaum muslimin itu sendiri yang malahan sama-sama meraikan upacara-upacara keugamaan orang-orang kafir ini termasuklah sambutan hari-hari perayaan orang-orang kafir tersebut. Dan lebih berani lagi mereka cuba memadukan agama Allah yang suci ini dengan agama-agama musyrik yang telah jelas-jelas kekufurannya sehinggakan terbit istilah-istilah seperti ”Deeparaya”. Mereka juga menyatakan ungkapan-ungkapan seperti, ”Semua agama itu, sama kerana membawa dan menyerukan kebaikan”, mereka juga mengungkapkan, ”Kita memegang lampu (agama) yang berbeza tetapi hakikatnya cahaya (kebenaran) yang sama”, Dan pelbagai lagi ungkapan yang secara dasarnya bertujuan untuk membawa kepada konsep kufur iaitu pluralisme (kepercayaan tentang kesetaraan antara agama). Sedangkan Al-Quran secara jelas menyatakan:
”Maka apakah orang yang beriman, (sama) seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka itu tidak sama”. Surah As-Sajdah (32):18
Semoga Allah swt akan mengampunkan orang-orang yang memadukan agama ini. Tetapi apakah ada ampunan bagi orang-orang yang memadukan agama ini kerana memadukan agama ini (penganut pluralisme) secara jelasnya telah termasuk daripada bahagian syirik.
Pembinaan rumah-rumah ibadah ini juga jika diteruskan akan mencabar perasaan orang-orang Islam yang akhirnya akan membawa kepada fitnah dan ketidaktenteraman didalam masyarakat. Jika kita amati inilah yang berlaku didalam masyarakat kita sekarang. Dr.Yusuf Qadawi menyatakan didalam kitabnya yang bertajuk Kedudukan Non-Muslim di dalam Negara Islam (Edisi asal) : ”Apa yang dikehendaki oleh Islam dari orang-orang yang bukan Islam ialah menjaga perasaan orang-orang Islam, kesucian agama mereka, mereka janganlah menimbulkan upacara keagamaan mereka dan tanda-tanda salib mereka dalam perkampungan orang Islam dan jangan membina gereja baru di kota orang-orang Islam kalau mereka sebelum ini tidak mempunyai gereja, kerana sikap penunjulan ini dipandang sebagai mencabar perasaan orang Islam yang kemungkinan menimbulkan fitnah dan ketidaktenteraman dalam masyarakat.”
Ada diantara kaum muslimin yang berpendapat bahawa boleh dibina rumah-rumah ibadah bagi kafir dzimmi ini. Mereka berhujjah dengan pandangan bahawa terdapat pandangan para fuqaha yang membolehkan ahli dzimmah membina gereja-gereja, biara-biara dan rumah-rumah ibadah mereka di kota orang-orang Islam dan di wilayah yang dibuka oleh orang Islam sepertimana pendapat yang dikemukakan oleh para fuqaha yang bermazhab Zaidiah dan oleh Imam Ibnul Qassim (salah seorang fuqaha daripada Mazhab Maliki). Mereka juga menyatakan bahawa di Mesir sendiri terdapat beberapa gereja yang dibina di dalam abad pertama Hijrah lagi, seperti gereja ”Marmuraqqas” di Iskandariah yang dibina di antara tahun 39H dan 56H, dan juga gereja pertama yang dibina di perkampungan Rome di daerah ’Fustat’ diantara tahun 47H dan 68H dalam masa pemerintahan gabenor Maslamah bin Makhlad di Mesir. Begitu juga sebuah gereja lagi di kota ’Hilwan’ yang diizinkan oleh gabenor ’Abdul al-Aziz bin Marwan membinanya sewaktu kota itu mula dibina dan disamping gereja tersebut beliau telah memberi kebenaran kepada setengah ahli agama Masihi membina dua buah lagi tempat ibadat mereka.
Memang benar hal ini telah terjadi khususnya di Mesir. Jika kita telusuri pendapat yang diutarakan oleh Imam Ibnul Qasim daripada Mazhab Maliki ini akan kita dapati dua perkara yang secara tidak lansung menjadi syarat kepada pembinaan rumah ibadah orang kafir di dalam tanah Islam tersebut. Yang pertama dinyatakan bahawa pembinaan ini berlaku didalam wilayah yang status tanahnya adalah ’tanah kharajiah’. Yang keduanya, pembinaan ini perlulah mendapat izin daripada pemerintah Daulah Islam samada Khalifah ataupun wakilnya di setiap wilayah-wilayah Daulah Islam iaitu para wali (Gabenor). Dan syarat inilah yang diungkapkan oleh Imam Ibnul Qasim ketika mengutarakan pandangan beliau ketika membolehkan ahli dzimmah membina gereja-gereja, biara-biara dan rumah-rumah ibadah mereka.
Berkenaan ’tanah kharajiah’, kami menyatakan bahawa tanah-tanah yang ada di belahan Nusantara ini bukanlah berstatus ’tanah kharajiah’, sebaliknya berstatus ’tanah usyuriyyah’. ’Tanah kharajiah’ bermaksud tanah yang mengalami proses ’futuhat’ (pembukaan) dengan jalan ’jihad wa kital’(jihad peperang) seperti di Mesir dan Iraq. Negeri-negeri yang dibuka (ditawan) dengan jalan peperangan dan penduduk asal negeri itu memerangi kaum muslimin dan mereka tidak tunduk dengan Islam melainkan dengan kekuatan senjata, maka negeri-negeri seperti inilah yang dikategorikan sebagai berstatus ’tanah kharajiah’. Maka mana-mana negara yang pernah dilancarkan peperangan offensif oleh Daulah untuk menghancurkan halangan dakwah, maka dikategorikan sebagai ’tanah kharajiah’, walaupun begitu kota Mekkah dikecualikan daripada status ’tanah kharajiah’ walaupun kota Makkah ini ditawan dan ditundukkan dengan pengiriman bala tentera ketika di zaman rasulullah saw. Adapun berkenaan negeri-negeri yang berstatus ’tanah usyuriyah’ seperti Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Patani dan Brunei), maka wilayah ini adalah wilayah dimana penduduk asalnya telah memeluk Islam dengan sukarela, tanpa ada pertumpahan darah dan tanpa ada pengiriman pasukan jihad daripada Daulah Islam. Negeri-negeri seperti ini dikategorikan sebagai wilayah yang berstatus ’tanah usyuriah’.
Maka jika ada pandangan yang mengatakan bahawa boleh mendirikan rumah ibadah di tanah air kita ini dengan bersandarkan pendapat daripada Imam Ibnul Qassim ini adalah tertolak, kerana Imam Ibnul Qassim secara jelas menyatakan bahawa didalam pembinaan rumah ibadah orang-orang kafir itu ianya dilakukan didalam wilayah yang berstatus ’tanah kharajiah’ sedangkan belahan Nusantara ini berstatus ’tanah usuriyyah’ dimana majoriti penduduk di sini dan tuan tanahnya adalah muslim dan mereka menjadi pemimpin kepada wilayah ini dan memegang keamanan di tanah ini semenjak nenek moyang mereka lagi.
Adapun berkenaan dengan syarat yang kedua, adalah jelas sekali bahawa sistem Khilafah Islamiah yang bermula dengan pendirian Daulah Islam oleh rasulullah saw di Madinah itu telah diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam pada 3 Mac 1924. Dan Khalifah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Majid II (lahir pada 1868 dan meninggal dunia pada1940; memegang tampuk pemerintahan Khilafah Islamiah bermula 19 November 1922 sehingga 3 March 1924). Malahan beliau telah dihalau daripada Istana Khalifah di Turki pada waktu subuh pada tarikh tersebut. Untuk itu ’as-shohibus solahiyyah’ (pemilik kekuasaan ataupun orang yang beroutoriti) untuk membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadah ini tidak ada malah telah digulingkan. Atas dasar itu, pemimpin-pemimpin kaum muslimin yang ada pada hari ini tidak mempunyai hak pada sisi syariat Islam untuk membenarkan pemindahan dan pembinaan rumah ibadah orang kafir tersebut. Mereka ini (pemimpin-pemimpin kaum muslimin yang ada pada hari ini) bukanlah Khalifah ataupun para wali yang memimpin wilayah-wilayah Khilafah Islamiah kerana yang dimaksudkan dengan Khalifah itu adalah pemimpin yang memenuhi syarat-syarat iniqad dan kemudian dibaiat untuk memegang kepimpinan umum umat Islam dengan kata lain, pemimpin yang autoriti politik dan kekuasaannya itu mencakupi seluruh wilayah-wilayah Islam di seluruh dunia dan pemimpin ini dilantik dengan jalan baiah dan mereka bertugas untuk menerapkan segala hukum-hakam Islam di dalam negara dan memiliki polisi dasar luar negeri yang bertumpu pada dakwah dan jihad. [As-syakhsiah al-Islamiah, Juzuk kedua, Sheikh Taqiuddin an-Nabhani]
Kesimpulan
Maka kami menegaskan bahawa orang-orang kafir dzimmi sememangnya mempunyai hak dan kebebasan didalam menganut agama mereka dan mengamalkan ajaran agama mereka. Dalam masa yang sama mereka juga tertakluk kepada undang-undang Daulah Islam sepertimana warganegara yang muslim. Mereka tidak boleh disakiti dan perlu dijaga dan dipelihara harta, darah (nyawa) dan kehormatan mereka.
Walaupun begitu tidak dibolehkan atas orang-orang kafir ini mendirikan rumah-rumah ibadah dan mereka juga tidak dibenarkan untuk menzahirkan agama-agama mereka dan mereka hendaklah mengamalkan segala ajaran agama mereka itu secara tertutup. Sekian.
- Nizamuddin Ismail's blog
- Login or register to post comments
- 65 reads
Iklaneka
Produk dan Servis Muslimin Malaysia
Untuk beriklan di petak ini hanya RM10/setahun bagi 1 petak/baris:
Email muslimin.org@gmail.com, tel/sms 0199667092
Sidang online
- Login to post a new chat room.
| Chat room | Chats | Messages | Last message |
|---|---|---|---|
| 1 | Ke jalan Allah, mentaati Allah dan Rasul Posted by Muslim on Sat, 19/12/2009 - 6:50pm | ||
| 75 | Archived on Thu, 01/01/1970 - 8:00am. | ||
| 4 | Archived on Thu, 01/01/1970 - 8:00am. | ||
| 3 | 18 Oktober Ahad 2pm Aidilfitri bersama pimpinan PAS di Taman Melewar Posted by Muslim on Thu, 15/10/2009 - 8:05am | ||
| 3 | salam Posted by Kamal Zakri on Thu, 12/11/2009 - 3:25pm | ||
Isikan borang ini
Sumbangan anda dihargai untuk memajukan Almuslimin.org/net sebagai portal Islami meneruskan perkhidmatan kepada Ummah
Isikan borang ini

